Tuesday 28 June 2011

KembaRa HaMba meNcaRi CahaYa

Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati org-org yg melakukan maksiat.                           -Imam Syafi'i-
  • "Dosa itu menghitamkn hati.apabila manusia itu melakukan dosa,maka akan tumbuh satu bintik hitam pada hatinya"
  •  Maka,jika kita berterusan melakukan dosa,tidakkah hati kita akan jadi semakin hitam?
  • Sesungguhnya hati  itu terbahagi kpd tiga:
  1. Hati yg hidup.
  2. Hati yg sakit.
  3. Hati yg mati.

Saturday 25 June 2011

Punca Pelajar Tidak CemerlanG

Mari sama-sama kita lihat, apa punca ketidakcemerlangan seseorang terutama sekali para pelajar.
Punca-punca ini telah diringkaskan dari majalah solusi yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

1. Tiada Matlamat

"Belajar tanpa matlamat ibarat pemburu yang menembak ke udara"

2. Niat Tidak Jelas

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dengan mengharap keredhaan Allah, tidaklah ia mempelajarinya melainkan utuk memperoleh harta dunia, dia tidak akn mendapat harumnya bau syurga di akhirat." [Riwayat Abu Daud, sanad Hasan]

3. Tidak Minat Kepada Subjek, Kelas atau Aktiviti Belajar


4. Mengantuk

5. Tidak Faham Apa Yang Diajar

6. Pelupa

Kaedah Meningkatkan Daya Ingatan:
-Pemahaman yang jelas.
-Hafaz AlQuran
-Rekodkan pelajaran


7. Belajar sambil dengar muzik/lagu


8. Rajin Tetapi Tidak Konsisten


9. Tiada Jadual Waktu yang sistematik


Sumber: Ringkasan dari Solusi ISU # 26 : m/s 47

Friday 24 June 2011

Antara Kemahuan dan Keperluan


'aku nak tengok movie ini'@'aku perlu tengok movie ini'
'aku nak tengok movie itu'@'aku perlu tengok movie itu'
'aku hendak makan ini'@'aku perlu makan ini'
'aku hendak makan itu'@'aku perlu makan itu'
'aku mahu beli ini'@'aku perlu beli ini'
'aku mahu beli itu'@'aku perlu beli itu'
'aku hendak tidur'@'aku perlu tidur'
'aku mahu tutup aurat'@'aku perlu tutup aurat'



Sangat berbeza maksud ayat apabila 'mahu' ditukar kepada 'perlu'.
Tidak semua yang kita hendak dan mahu itu adalah apa yang kita perlu?
Gara-gara mengutamakan kehendak dan kemahuan daripada keperluan, kita terjerumus ke dalam perangkap syaitan dan nafsu sendiri. Pembaziran yang merupakan aktiviti yang disukai syaitan telah kita jebak tanpa disedari.

Masa dibazirkan, Usia disia-siakan, Wang dan tenaga juga turut disalurkan pada perkara yang tidak perlu, akibat mengikut kehendak dan kemahuan melebihi keperluan.

Mari sejenak bermuhasabah diri, di mana kita? Cukuplah ayat ini membuatkan kita berfikir apa yang kita lakukan adakah satu keperluan dalam meniti arus di persinggahan ini atau sekadar memenuhi kemahuan semata-mata;

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan duniawi dan perhiasannya, niscaya kami akan memberikan balasan amalan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun didalamnya, mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan di akhirat kelak kecuali neraka, dan hilanglah segala apa yang mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah segala apa yang telah mereka kerjakan”. (QS. Huud: 15,16).

Dan cukuplah hadith ini sebagai motivasi rohani buat diri kita untuk terus mengutamakan apa yang PERLU daripada apa yang MAHU;

“Barang siapa yang menjadikan kepentingannya satu kepentingan yaitu kepentingan akhiratnya niscaya Allah akan mencukupkan kebutuhan dunianya, barangsiapa yang terpencar-pencar kepentingannya dalam urusan dunia, Allah tidak menghiraukan di lembah manapun ia binasa”. (HR. Ibnu Majah)

"Belajarlah mengutamakan apa yang perlu daripada mengutamakan apa yang mahu"
Posted by MutiaraLautBiru at 10:43 AM

keLuaRkaN siNgA daRipadA diRi aNda

Apabila salah seorang antara kamu tidur maka syaitan akan mengikat seutas tali di tenkuk kepalanya.Syitan memukul pada setiap simpul sambil berkata: "malam yg panjang,tidurlah".bila kamu bangun lalu menyebut nama Allah,maka lepaslah satu ikatan.Jika kamu berwudhuk,maka lepaslah satu ikatan lagi.Jika kamu solat mak terlepaslah ikatan terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yg bersih.Jika tidak,maka kamu bangun agi dlm keadaan jiwa yg kotor.
Bangun pagi baca do'a
                                                               (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)

inspiRasi buAt bAkaL MahAsiSwa

 
Hidup ini menduga kekuatan
kerana tanpa ujian
umpama menjadi juara tanpa saringan.
mana mungkin menjadi pemenang
tanpa melalui siri ujian menumpaskan lawan
demi merebut piala keredhaan.
::Qumu ilal jihadil 'ilmi::

Wednesday 25 May 2011

Orang Yg Takabbur pasti Lebur

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif allah s.w.t
tidak ada sesiapa pun yg boleh mncabar-nya
Orang yg takabbur pasti lebur.
Mereka akan musnah didunia dan akan terseksa di akhirat.

TANDA TAKABBUR
Tidak suka berdoa
Mudah terluka dan melukakan hati orang
Sukar memberi dan meminta maaf
Memotong cakap orang lain
Gila kuasa dan jawatan
Cara berpakaian dan berjalan angkuh
Gila pujian
Bencana yg menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
Tidak suka berziarah

Sabar itu indah

Apabila musibah menimpa,
perasaan kita tergugat.
fikiran terganggu dan jiwa bercelaru.
Diri seolah-olah diselebungi kegelepan.

Namun apabila sabar bertandang,
perasaan,fikiran dan jiwa akan stabil semula.
Diri yg tadinya gelap akan dilimpah cahaya.

Benarlah seperti yg disabdakn oleh rasulullah s.a.w yg bermaksud
"SABAR ITU UMPAMA SINAR MATAHARI"
(Muttaffaq 'alaih)